Pada tanggal 21 April 2013, aku beserta rakan-rakanku telah mengikuti satu program yang dikendalikan oleh Kelab Perkim UKM. Pada mulanya, aku keberatan untuk mengikuti program tersebut. Memang dari dahulu aku tidak berminat mengikuti sebarang program.
Rakan-rakan SP |
Namun takdir telah menetapkan yang aku pergi juga.Kami bertolak lebih kurang pukul 8.30pagi kalau tak salah aku dengan menaiki bas. Perjalanan hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja kerana jaraknya yang tidak terlalu jauh.
Sesampainya aku di sana, aku diminta untuk mengangkut barang-barang yang hendak disedekahkan kepada Anak Anak tersebut. Semasa kami sampai, anak-anak sedang sibuk berlatih silat yang diajar oleh guru mereka.
anak-anak RAYDI |
Kami diminta untuk menunggu sebentar sementara menanti anak-anak menjamah sarapan. Di situ aku sering perhatikan kelibat-kelibat mereka. Alahai, sungguh suci wajah-wajah anak-anak yatim. Tiba-tiba aku terpandang seorang kanak-kanak lelaki yang berbaju merah. Terdetik di hatiku, sungguh bersih wajah budak ini. Terasa amat sekali mendekatinya.Selama ini aku hanya mengenal anak yatim atas dasar nama, namun hari ini, di depan mataku....aku dapat mendalami mereka.
kenangan bersama AMIR |
Bermulalah sesi Ice breaking. Oh adik ni namanya amir.....Kumpulan kami hanya mendapat 2 orang sahaja. Seorang lagi bernama Aqiel. Pelbagai aktiviti disediakan seperti melukis logo, hias kek, dan kuiz lukis.Dalam pada itu, sempat juga aku berborak-borak dengan adik2 tersebut. Tiba2 aku mengeluarkan kata2 " Amir, jom ikut abang balik kedah". Amir tersenyum dan ingin mengikuti aku. Dari segi riak wajahnya seolah-olah bersungguh-sungguh nak mengikut aku.... Aduhai, terdetik di benakku "apa aku dah cakap nih". risau jugak aku takut2 amir terlalu mengharap....lalu aku pun cuba berdalih dengan benda lain....
Kelihatan mereka gembira dengan aktiviti2 yang dilakukan.
Dalam pada itu, terlintas rasa sayu dan pilu mengenangkan nasib-nasib adik-adik ini. Sungguhpun disediakan makan minum yang mencukupi, namun curahan kasih sayang daripada ibu bapa adalah yang diharapkan oleh mereka. Sedangkan kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka hidup bebas dan gembira bersama keluarga. Mereka pula terpaksa tinggal di asrama kerana desakan hidup.
Mazwan (kanan) |
Selepas solat zohor, kami pun berkemas untuk pulang ke UKM. Sebelum itu, sempat juga aku bergambar dengan anak-anak RAYDI. Yang paling best, aku bergambar sambil mendukung amir..hahaha tak tahu kenapa tetiba rasa nak dukung si Amir. Hatiku seolah-olah berat untuk meninggalkan RAYDI. Tambahan pula hubungan aku dengan Mazwan dan Amir semakin akrab. Sebelum pulang,aku sempat mengambil alamat FB mazwan. Amir pula mengeling-ngeling aku. Lalu aku menuju ke arahnya. Dicapainya sekeping kertas dan sebatang pensel yang patah matanya....."abang, nak no phone dengan fb"
eh terkejut aku......macam mana pulak si amir nih pandai berfb nih..baru 10tahun dah kenal FB? Sambil tersenyum aku mencoretkan nama FB dan no phone aku dengan harapan dapat bertemu lagi.
Lalu aku pun pulang. Dalam perjalanan, wajah-wajah mereka bermain di fikiran aku terutamanya si Amir. Aduhai.... Selama seminggu lebih tidurku tak lena memikirkan naib-nasib mereka dan terbayangkan wajah-wajah mereka. Sehingga sekarang, wajah-wajah mereka tetap berada di ingatan aku. Gelak tawa,senyuman, dan telatah mereka sering bermain di fikiran aku. Semenjak hari itu, timbul satu aura dalam diriku terhadap anak-anak yatim. Di mana2 shaja aku berada, bila aku terlihat perkataan "anak yatim" wajah2 RAYDI akan bermain di fikiran aku.... Aku amat rindu padamu RAYDI.
TERIMA KASIH RAYDI, TERIMA KASIH PERKIM DAN TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT YANG BERSAMA-SAMA MENGIKUTI...
*YOU MAYBE LOST IN MY SIGHT,BUT YOU CANNOT LOST IN MY MIND*